Assalamualaikum..
Buat rakan2 yang
mengenali saya, dengan rendah hatinya, saya ingin memohon maaf sekiranya
ada kesalahan2 yang dilakukan oleh saya samada secara sedar atau tidak
*alamak skema pulak ayat aku ni* maapkan tauuuuuu....
semoga
pada ramadhan kali ini, kita semua dapat menempuhinya dengan penuh rasa
keimanan, keinsafan serta kesyukuran..semasa berpuasa perbanyakkanlah
berdoa kerana pada bulan ramadhan ni doa mudah dimaqbul oleh Allah
s.w.t..Insyallah
akhir kata :
Ramadhan Kareem!!! (maksudnya ramadhan mulia)..
sila jawab --> Allahu Akram!!! (maksudnya Allah lebih Mulia)
Mencari Malam Lailatul Qadar | LAILATUL qadar
merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya
dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana
firman Allah SWT “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.”
Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu?Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan
mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat
tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000
bulan.
Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara.
Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya
pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang
besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada
orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebut sebagai lailatul
qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan
salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama
lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang
bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang
yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Penentuan
tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku
perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat
menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua
puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud:
“Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud:
“Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.”
Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku
pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu
perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari
pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat
pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.
Malam Lailatul Qadar Mencari Malam Lailatul Qadar
Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan
semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan
ganjaran pada malam tersebut.
Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:
Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.
Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.
Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:
Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu. Wasallam.
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala (2x)
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah
puasa ertinya menahan diri
dari lapar dan dahaga
juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
puasa melatih kita sabar
puasa menjadikan kita sihat
puasa perlukan keikhlasan
di dalam bulan ramadhan
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
Hendaklah kita banyak sedekah
jangan lupa pula baca al quran
juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas nabi
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah
paling penting sebelum berhari raya
tunaikanlah zakat dan fitrah
agar kita dapat meraikan bersama
tanpa mengira miskin dan kaya
kini tibalah saat yang dinanti
hari kemenangan bagi kita
selamat berhari raya
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
www.facebook.com/ayubwellness
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala (2x)
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah
puasa ertinya menahan diri
dari lapar dan dahaga
juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
puasa melatih kita sabar
puasa menjadikan kita sihat
puasa perlukan keikhlasan
di dalam bulan ramadhan
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
Hendaklah kita banyak sedekah
jangan lupa pula baca al quran
juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas nabi
Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah
paling penting sebelum berhari raya
tunaikanlah zakat dan fitrah
agar kita dapat meraikan bersama
tanpa mengira miskin dan kaya
kini tibalah saat yang dinanti
hari kemenangan bagi kita
selamat berhari raya
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
www.facebook.com/ayubwellness
LIKE www.facebook.com/AyubWellness
PROMOSI HEBAT!!!
20 hadiah Istimewa untuk anda bila anda membeli kereta idaman anda di sini
anda juga berpeluang untuk memenangi SAMSUNG GALAXY YOUNG
PROMOSI HEBAT!!!
20 hadiah Istimewa untuk anda bila anda membeli kereta idaman anda di sini
anda juga berpeluang untuk memenangi SAMSUNG GALAXY YOUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan