Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. sebenarna
HIDUP KITA INI PENUH DENGAN PILIHAN..
seseorang pernah berkata pada USTAZ365HARI :
***Komunikasilah dengan Allah sentiasa kerana HIDUP KITA INI PENUH DENGAN PILIHAN. Hanya Allah yang mengetahui pilihan yang terbaik untuk diri kita.***
ok, disini USTAZ365HARI nak berkongsi tentang REALITI SEBENAR (RS) DAN REALITI FIKIRAN (RF)
Apakah yang dimaksudkan Realiti Sebenar? Realiti sebenar adalah realiti sesuatu perkara di mana hanya Allah sahaja yang tahu. ManakalaRealiti Fikiran adalah realiti di mana fikiran kita memahami tentang sesuatu itu dari kacamata dan fikiran kita.
Dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Hal ini amat penting kepada individu yang ingin menebus kembali kegagalan yang pernah dialaminya dulu. Sebaik-baiknya tukar pemikiran daripada pesimis kepada “optimistik dan positif” sekiranya ingin menjadi orang yang hebat.
Sebagaimana yang anda tahu kehidupan ini tidaklah semudah yang disangkakan kerana ia sentiasa dipenuhi dengan air mata dan gelak ketawa, malah pelbagai jenis ragam manusia boleh anda lihat. Apa yang pastinya anda tidak akan dapat lari dan lepaskan diri daripada musibah-musibah yang akan melanda.
Disini USTAZ365HARI sertakan beberapa ciri-ciri orang berfikiran positif :
- Utamakan kehendak syariat
- Tidak mudah berputus asa
- Tabah hadapi sebarang musibah
- Menerima dengan reda takdir yang ditentukan
- Berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara
- Mewujudkan sifat suka berdaya saing sesama sendiri
Disamping itu juga USTAZ365HARI senaraikan kesan-kesan orang yang berfikiran positif :-
- Badan yang sihat dan cergas
- Mudah mendapat ilham
- Mempunyai hati yang bersih
- Kejayaan mudah dicapai
- Hasilnya diberkati oleh Allah
- Orang menyukai hasil kerja anda
- Hati semakin kaya
Jika anda merasakan artikel ini memberikan manfaat kepada anda serta sahabat disekeliling boleh tekan “button share” untuk kita kongsikan bersama.
Komen anda 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan